Oct 29, 2012

sedekah

sabda Rasulullah SAW :

~ " tangan yang di atas (memberi ) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima) " ~

sedekah - amalan sunat yang digalakkan dalam islam..

bentuk sedekah? bagaimanakah?? 

hadis:( xpsti hadis apa)

 " kullu khoirin , sodaqah "..

 ~ setiap amalan yang baik, adalah sedekah .

 ini jelas menunjukkan sedekah itu dalam pelbagai bentuk kebaikan yang kita lakukan... 

walaupun begitu .. amalan sedekah yang sebenar-benarnya mengikut takrif islam ialah dalam bentuk harta , aset , duit dan sebagainya..

mengapa bentuk harta??

 ~ kerana harta ialah sesuatu yang sangat berharga dan disayangi..
 ~  ianya bermakna dan bernilai ..

ini ditekankan lagi apabila Nabi s.a.w. membuat contoh sedekah .. ~ " bersedekahlah kamu walaupun dengan separuh daripada tamar "  .

ia jelas menyatakan sedekah dalam bentuk harta tanpa menafikan bentuk-bentuk sedekah yang lain.. 

yang penting niat ikhlas, untuk keredhaan ALLAH.. untuk mencapai darjat yang tinggi di sisi ALLAH..

setiap perbuatan yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH..

so, watch your action... ! :) 

perbanyakkan amalan sedekah.. mengejar pahala disisi ALLAH..

wallahu a'lam .. ^_^



Oct 28, 2012

Pasrah segalanya. ...

Sampai satu masa ..kau harus tahu dan sedar  dimana kedudukanmu dihatinya..

Sampai satu ketika,kau perlu kuat untuk melepaskannya pergi..

Kerana selama manapn kau cuba menduduki hatinya,hatinya tidak akan ada untukmu..

 jika bukan ditakdirkan kau untuknya , jika hatinya bukan untukmu, sememangnya dia bukan untukmu..

Berhentilah mengejarnya..berhentilah berharap padanya. Berhentilah mengenai segalanya tentang dirinya..

Kerana masa kita juga berharga..  Tidak hanya pada dirinya yang tidak langsung mahu menghargai kita..

Fokus pada kehidupan kita yang utama.fokus pada matlamat kita yang utama.. 

Jodoh itu rahsia Allah yang paling indah.. Kerana itu,kita perlulah sentiasa berdoa dan perbaiki diri kita.. IAllah ,pasti akan ada jodoh kita.. 

Kita merancang .. Allah juga merancang.. Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang.. 

Wallahu a'lam.. ^_^

Oct 27, 2012

ketenangan hati dan jiwa

hati umpama kain putih 
jangan dicorak sedih dan rintih

hati itu perlukan isi
bukan hanya dengan fantasi

hati itu amat sensitif
usah biar selalu negatif

bacalah selalu buku motivasi
sebagai panduan hidup berbudi

hati itu perlu sahabat
zikir dan Quran itulah pengubat

hati itu persoalan jiwa
sebentar menangis sebentar ketawa

pujukan iblis teramat kuat
sabarkan hati tabahkan semangat

jika sudah terlanjur laku
segera kembali kepada Yang Satu

sunnah-sunnah terus lakukan
terkandung hikmah tiada bandingan

dengan amalan yang istiqamah
insyaALLAH jiwa tiada gelisah  
 

~ copied from majalah Gen-Q vol 02.. ~


Oct 26, 2012

Bersederhanalah.. ~~


Tertarik dengan petikan ayat seorang blogger ni… 

 “ ~ Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya…

 Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya… 

Jangan ‘terlalu’ dalam segalanya..

 Jangan ‘terlalu’ cinta, jangan ‘terlalu’ benci. Jangan ‘terlalu’ suka, jangan ‘terlalu’ duka.

 Sederhana itulah yang selalu menyelamatkan ‘HATI’ kita. ”


Realiti  kehidupan … 

 tidak semuanya akan membuatkan kita rasa sempurna…

 sentiasalah bersyukur dengan apa yang dimiliki..
  
 sesungguhnya sempurna itu datang dari diri kita sendiri… 

  bersyukur lah dengan nikmat dunia.. 

bersabarlah dengan ujianNYA… 

sesungguhnya setiap yang berlaku adalah tarbiyah dari-NYA .. ~~

wallahu a'alam ~ ^_^